Bab kahwin adalah bab yang paling sensasi buatku. Baru-baru ini ,sepupuku baru sahaja putus tunang. Encik A berumur 25 tahun yang seangkatan dengan aku. Namun begitu, semalam, ibu bapanya baru sahaja merisik seseorang yang baru.
Dalam kepalaku, aku tertanya-tanya. Adakah ini suatu tindakan terburu-buru?Sebagai satu iktibar untukku, aku mula berfikir dan termenung jauh. Sekiranya, aku membuat keputusan yang drastik untuk terus bertunang adakah ada risiko di mana di pertengahan jalan hatiku berubah? Bukankah tidak manis sekiranya bermasam muka apabila suatu yang tidak dijangkakan berlaku?tambahan ini adalah berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Mungkin akan berlaku fobia atau trauma seperti yang berlaku kepada KIRANA dalam drama RENJIS. Tetapi, jika seseorang bertunang di hari yang hampir amat dengan hari pernikahan, suatu yang keluar dari mulut ibuku. "Keputusan itu haruslah tepat dan tidak teragak-teragak lagi. Dah tak boleh ubah dah." Oleh yang demikian, pada pendapat aku ,perkahwinan ini banyak melibatkan unsur hati, perasaan, adat, maruah, keluarga, wang ringgit, perancangan dan mungkin ada yang tidak disebutkan. JODOH...