Sunday, February 1, 2009

perlu cepat atau ambil masa?

Bab kahwin adalah bab yang paling sensasi buatku. Baru-baru ini ,sepupuku baru sahaja putus tunang. Encik A berumur 25 tahun yang seangkatan dengan aku. Namun begitu, semalam, ibu bapanya baru sahaja merisik seseorang yang baru.

Dalam kepalaku, aku tertanya-tanya. Adakah ini suatu tindakan terburu-buru?Sebagai satu iktibar untukku, aku mula berfikir dan termenung jauh. Sekiranya, aku membuat keputusan yang drastik untuk terus bertunang adakah ada risiko di mana di pertengahan jalan hatiku berubah? Bukankah tidak manis sekiranya bermasam muka apabila suatu yang tidak dijangkakan berlaku?tambahan ini adalah berkait rapat dengan soal hati dan perasaan. Mungkin akan berlaku fobia atau trauma seperti yang berlaku kepada KIRANA dalam drama RENJIS. Tetapi, jika seseorang bertunang di hari yang hampir amat dengan hari pernikahan, suatu yang keluar dari mulut ibuku. "Keputusan itu haruslah tepat dan tidak teragak-teragak lagi. Dah tak boleh ubah dah." Oleh yang demikian, pada pendapat aku ,perkahwinan ini banyak melibatkan unsur hati, perasaan, adat, maruah, keluarga, wang ringgit, perancangan dan mungkin ada yang tidak disebutkan. JODOH...

3 comments:

Anonymous said...

amik masa dowh...

macam beli harvesack, ko jumpa terus rembat ke...

mesti belek2 dulu ma...

amik masa...

Sir Matno said...

huahuhaua...

adakah isi blog ini ditujukan kepada aku?? mcm terasa sikit2..

anyway, you would not believe that i am actually commenting your blog entry from my school.. huhuhu...

and batu layar nak dapat 24 hour electric supply very very soon..

huhuh..

nanti mai sabah jengok kami ok..

Anonymous said...

hahaha...bila lagi...pikir la btol2 jgn main terjah ajer mcm melodi tu..hehehe..
paling penting sembahyang istikarah..insyallah dapat petunjuk klu hati kita ikhlas nak mintak pertolongan pada yang maha ESA..
4 me..
bercinta-gagal
bertunang-gagal
kahwin(main terjah aje)-bahgia aje sampai sekrang..

yang paling penting dalam rumah tangga..
kena saling percaya,
faham situasi..diam apabila kena marah(hehehe)bukan queen control yer,
sembahyang jangan tingal(sembahyang same2 ye)
bab cinta?tolak tepi..boleh berputik cinta itu klu ader kemahuan..
klu selisih pendapat tu...perihatin klu pasangan tak puas ati...tak pon kuar main bowling..hahahaha
jgn buat kepala sendiri ajer..tanya pasangan dulu,mintak pendapat dia.dia pon ader hati dan perasaan jugak...
shoping samer2
tgk wayang samer2
jaga anak samer2
klu lelaki tu nak suh bini sayang..korang masak bagi dia makan hari2..insyallah air tangan kita masak tu la ble mendatangkan kasih sayang...
romentik...perh..syahdu nyer..

itu jer la..nak komen panjang2 pon blog orang nie..nnt kena sue plak

bubuy
fadhlah